..SALAM BUAT SEMUA..
Mulakan harimu dengan senyuman seindah suria
(^_^)

Friday, July 16, 2010

semester 5....yg bahagia!

4.13Am...mata ni tak mau lelap! hmm..
semester 5. em ada apa dgn semester 5 yeh??
soklan yg hari2 bermain (teng2/congkak barangkali) kat kepala otak aku ni sepanjang cuti semester hari tu. 'aihh lamanya cuti...bosan dah ni. tak saba nak masuk sem'
kata2 yg akan kluar bila diri semakin menjadi penganggur berjaya di rumah selain pra-suri rumahtangga 24jam 3hari (bukan 24jam sehari ye. tu mak aku je mampu) huhu.
pejam celik pejam pejam celik pejam (pejam lebih sbb byk tido)
dah nak abes cuti aku. aku makin tak keruan dok pikirkan ape la yg bakal aku hadapi semester5, merangkap tahun akhir pengajian diploma aku di bumi kuis. (tahun akhir?? wah.da besar aku rupenye~) so,ada apa?
yg aku tau,,sem5 ada kursus kawin..emm lagi??
subjek....wah! byk. 19jam krdt. tibe2 teringat kata kak senior..
"sem5 paling mencabar,bole kata zaman kejatuhan. dgn subjek industrial relation (law).. research.."
ulp! (telan ayaq liuk) serta merta aku jd cuak. cuak ya amat. apakah zaman kejatuhan??
camana kah subjek2 yg bunyiknya da cukup horror tu?
..pikir lg, pikir lagi,,ada ape lg sem5??
teringat lagi...oh ye! aku ade jawatan yg agak berat dlm HR !
serta merta aku amek buku diari aku...
aduh, banyak jugak yg aku nak kena buat utk HR ni. cmne ni. bleh ke aku ni?..
lg?....ya, rakan muda! pun sama. kena buat program! proposal?
program ape aku nak wat?? hmm~
lg....ye x ye,, sem5 ni akak2 roomate aku yg paling rapat & byk bantu da takde laa! (abes blaja)
so? aku nak seumah ngan sape?? sape housemate aku nanti? okey ke aku dgn dia?
dgn sape pulak aku nak wat rujukan nnt? cite masalah negara (la sgt) ?akak2 tu dah takde..
bole ke aku ni...sendiri..hmm~
smp pulak masanya utk amek keputusan semester lepas. argh! kecewa. tak sampai target!
buatkan aku kian lemah+getar utk naik sem.
........................
hari ke hari, hati aku makin risau+bungkam pikirkan persoalan2 yg muncul tah dari mana tu. aku cuak. semangat aku utk mmulakan sem baru seolah2 hilang. mampu ke aku naik sem5 ni.....dgn keputusan yg agak mngecewakan,, tanggungjawab2 yg makin berat,,tanpa insan2 yg selalu disisi saat aku amat memerlukan..mampu ke aku seiringkan pelajaran dgn tugas persatuan...mampu ke??
ya Rabb,,kuatkan aku....mudahkan urusanku..jangan Kau biarkan aku sendiri dlm perjuangan ke jalanMu di dunia & Akhirat..jauhkan aku dari resah gelisah ini yaAllah..
dgn secebis kekuatan..aku melangkah ke semester5.
bungkam.
minggu pertama...
intro kesibukan dah aku jumpa. housemate tak kenal. tak bertegur. kelas terus mula..dgn jadual yg lengkap pagi,petang & malam. lecturer yg penuh wibawa pun da mula bagi tugasan (assgment). meeting persatuan jugak mula bergerak dgn agresif. masalah common setiap sem yg akan kami (classmate) hadapi - pembetulan result yg belum lengkap..register course..naik turun pejabat..kluar pg, blk umah malam. kesannya,,makan pun da tak selera. penat.bungkam. sunyi. sayu.
terasa diri kian lemah utk jalani hari.. tapi..
dgn nasihat seorang teman yg tak pernah biarkan aku sendiri,, - isikan malam, mohon kemudahan pada Yang Maha Kuasa..
Alhamdulillah..hati kian tenang..fikiran kian positif. hari semakin baik.
bertambah baik dgn nasihat2 & kata2 semangat dari insan2 tersayang yg lain (family+ ex-roomate+fasi2 asa+teman2 akrab)
................
aku terus menjalani hari2 yang semakin hari semakin sarat dgn tugasan.
mggu kedua, dah ada 6 assignment terkumpul + program migguan yg tak henti.
kesihatan+fikiran+emosi agak terganggu.
yang penting, semangat tetap ada. masih mampu mngukir senyuman =)
teman2 perangsang masih tetap di sisi (walau hakikatnya jauh)
hinggalah saat ni..... ( da ngantuk,nk pendekkan cite. huhu)
tugasan tetap diterima,,mengalir bak air sungai~
tanpa ada cuti pertengahan (dak2 KUIS mmg suke tak cuti....huh)
masa2 ni...kami (dak HR) tgh berjuang, menghadapi exam midterm yg berderet....
menyiapkan tugasan3 yg hampir tiba masa submittion,,
dan kurang sebulan lagi kami akan hadapi final exam. Jadi, buat teman2 seperjuangan,, inna ma'al 'usri yusra.. (ssungguhnnya bersama kesusahan itu kesenangan), so jgn putus asa, selamat berjuang! doaku,
Ya Allah,,permudahkanlah urusan kami,,berilah kami kekuatan menghadapi ujian2Mu.. mudah2an keputusan kami setimpal dgn usaha kami ya Allah..hanya Kau tahu apa yg terbaik buat kami...amiin..
sekian, suka utk aku letakkan tugasan2 HR (A) sem5 yg perlu disiapkan utk kenang kenangan masa akn datang... haha... (^_^)

19.7.2010 - midterm marketing
20.7.2010 - midterm industrial relation (HRL) + submit ass. fiqh muamalat
21.7.2010 - midterm performance appraisal (HRP)
22.7.2010 - submit ass.1 HRP
23.7.2010 - submit research (chapter 1 & 3)
26.7.2010 - submit ass.HRL (indvdu& group) + submit ass. hr system (HRS) + presentation HRS
30.7.2010 - submit research (chapter 4)
31.7.2010 - submit ass.2 HRP
4&5 .8.2010 - research presentation
6.8.2010 - submit research (chapter 2 & 5)
12.8.2010 - submit final research report.
...FINAL EXAM...

sekian, terima kasih (^_^)
p/s : mohon maaf kepada mereka2 yg saya tak mesej/ tak balas mesej/ tak bertanya kabar/ tak mengikuti program..masa daku sangat terhad. apa pun,harap kalian sihat sentiasa. huhu. terima kasih pd teman2 membantu (nnt daku belanja gula2) hehe~

Kembara..

Telah jauh aku mengembara
Mencari erti hidup di dunia ini
Yang selamaini sering disalah erti
Oleh mereka yang bertuhankan hati
Ku musafir ke pelusuk dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira
Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
Kekadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang di mata
Kuturutkan jua hati yang buta
Kupasrahkan padaMu Tuhan
Segala yang akan berlaku
Kerana Engkaulah menentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kaki melangkah
Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan dari jalan SyurgaMu yang diidamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Tidak pula layakku ke syurga
Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan
Sering daku terlupa sering jua daku terleka
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata

_aku suka sangat dgn lirik lagu ni.. =)

Wednesday, April 21, 2010

ayuh! berbarisss!

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a mghadap Rasulullah SAW dan bertanya kpd baginda: "Wahai Rasulullah SAW, tolong huraikan kpdku mngenai firman Allah SWT" - Erti firmanNya; 'Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian dtg berbaris-baris" (Surah al-Naba)."
Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dgn air mata. Lalu mnjawab : "Wahai Muaz, engkau tlh bertanyakan kepadaku perkara yg amat besar bahawa umatku masing2 dgn pembawaan mereka sendiri." Maka Rasulullah menyatakan setiap barisan yg sebanyak 12 barisan :

BARISAN PERTAMA
# Diiringi dari kubur dgn tidak bertangan dan berkaki. keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih : " mereka itu adalah org yg sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya."

BARISAN KEDUA
# Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah SWT : " mereka itu adalah org yg sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat."

BARISAN KETIGA
# mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. " mereka itu adalah org yg enggan membayar zakat."

BARISAN KEEMPAT
# Diiringi dari kubur dgn keadaan darah spt air pancutan keluar dari mulut mereka. " mereka adalah org yg berdusta di dlm jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KELIMA
# Diiringi dari kubur dgn bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. " mereka itu adalah org yg menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia, tetapi tidak pula takut kepada Allah SWT."

BARISAN KEENAM
# Diiringi dari kubur dgn keadaan kepala mereka terputus dari badan. " mereka adalah org yg menjadi saksi palsu."

BARISAN KETUJUH
# Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah. " mereka itu adalah org yg enggan memberi kesaksian di atas kebenaran. "

BARISAN KELAPAN
# Diiringi dari kubur dgn keadaan terbalik dgn kepala ke bawah dan kaki ke atas. " mereka adalah org yg berbuat zina. maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

BARISAN KESEMBILAN
# Diiringi dari kubur dgn wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dlm diri mereka penuh dgn api gemuruh. " mereka adalah org yg memakan harta anak yatim dgn cara yg tidak sepatutnya".

BARISAN KESEPULUH
# Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh mereka penuh dgn sopak dan kusta. " mereka adalah org yg derhaka kpd ibubapa. maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka. "

BARISAN KESEBELAS
# Diiringi dari kubur dlm keadaan buta mata kepala, gigi mereka memanjang spt tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar smp ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang smp ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. " mereka adalah org yg meminum arak. maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KEDUA BELAS
# mereka yg diiringi dari kubur dgn wajah yg bersinar-sinar laksana bulan purnama. mereka melalui titian sirat spt kilat. Maka, datanglah suara di sisi Allah SWT memaklumkan : " mereka adalah org yg beramal soleh dan byk berbuat baik. mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya, dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang, dan keredhaan Allah yg Maha Pengasih.

renung2 kan lah,. di barisan mana agaknya kita nanti. sesungguhnya janji Allah itu pasti dan Dia tidak memungkiri janji..

Monday, March 15, 2010

HIDUP - 3hari 2nafas

“HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian ALlah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan ALlah.
Hidup dalam kemurkaan ALlah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN…
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT … Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem … apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
pada penerimanya … lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda … atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang ALlah kurniakan kepada kita …
Sekurang-kurangnya ALlah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada ALlah dalam keadaan jiwa yang tenang …
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan ALlah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa … di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat ALlah s.w.t.

INSAN


Kita Adalah Insan Penumpang Atas Dunia
Aku Dengan Caraku Yang Sederhana
Kita Adalah Hamba Berbakti Pada Yang Esa
Aku Mencari Sinar KeredhaanNya

Kita Sama Sahaja Bezanya Cuma Amalan Kita
Engkau Dan Juga Aku Saling Perlukan
Oh...Cinta Yang Murni Sebagai Ikatan
Yang Kukuh Di Hati Demi Masa Depan

Jangan Dihancurkan Hidup Yang Indah Ini
Akibatnya Merana
Jangan Hancurkan Hidup Yang Indah
Kita Adalah Hamba Yang Esa

kisah kepompong

kepompong.jpg

Ketika kecil saya mempunyai seorang rakan yang bertemu dengan satu kepompong seekor kupu-kupu. Pada suatu ketika, kepompong itu terbuka sedikit dan menampakkan lubang kecil. Ini menunjukkan anak-anak kupu-kupu itu ingin keluar daripada kepompongnya. Dia duduk dan mengamati dalam beberapa waktu kepompong itu ketika anak kupu-kupu itu berjuang dengan memaksa dirinya untuk keluar dari lubang kecil itu. Kemudian kupu-kupu itu berhenti dari perbuatannya. Kelihatan anak kupu-kupu itu telah berusaha semampu yang mungkin dan dia mungkin dia tidak boleh keluar dari kepompongnya itu, fikir rakan saya.

Akhirnya rakan saya tersebut memutuskan untuk membantunya, dan dia mengambil sebuah gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu. Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, anak kupu-kupu itu mempunyai tubuh yang pendek dan kecil, sayap-sayap yang bersimpul-simpul. Rakan saya tersebut terus mengamatinya kerana dia berharap bahawa, pada suatu ketika nanti, sayap-sayap itu akan berkembang lebar dan melebar sehingga mampu menampung tubuhnya, yang mungkin akan berkembang dalam beberapa waktu lagi, fikir rakan saya. Namun, semuanya tidak terjadi seperti yang diharapkan.

Apa yang berlaku selepas itu? Anak kupu-kupu itu menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh yang pendek dan sayap-sayap yang bersimpul-simpul. Anak kupu-kupu itu tidak mampu dan tidak boleh terbang.

Apa yang perlu saya nyatakan di sini, bahawa bantuan yang diberikan rakan saya kepada anak kupu-kupu itu untuk keluar dari kepompongnya sendiri, adalah satu bantuan yang sia-sia malah menyusahkan anak kupu-kupu itu sendiri. Kebaikan dan ketergesaan rakan saya itu adalah suatu kerja yang sia-sia dan menghalang kebebasan anak kupu-kupu itu untuk terbang rendah di langit tinggi.

Harus diketahui dan fahami bahawa kepompong yang menghambat dan perjuangan yang diperlukan anak kupu-kupu itu untuk keluar dari lubang kecil adalah kerja dan ketentuan Allah Yang Maha Kuasa untuk memaksa cairan keluar dari tubuh anak kupu-kupu itu dan meresap ke dalam sayap-sayapnya, sehinggalah dia keluar dan akan terus terbang sendiri. Dengan itulah dia memperolehi kebebasan dari kepompong tersebut.

Kadang-kadang perjuangan dan kesukaran adalah yang sesuatu yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Allah membiarkan kita hidup tanpa ujian dan hambatan, mungkin ia boleh melumpuhkan kita. Kita mungkin menjadi seorang yang tidak kuat sebagaimana sepatutnya berdasarkan kemampuan kita. Kita mungkin tidak akan pernah dan dapat ‘terbang’!!

batu kecil

Seorang pekerja binaan yang bekerja di dalam membina bangunan telah naik ke tingkat paling atas bangunan yang sedang dibina itu. Tiba-tiba, ia teringat untuk menyampaikan pesanan penting kepada rakan sekerjanya yang sedang berada di tingkat paling bawah. Pekerja itu berteriak memanggil rakannya yang berada di tingkat bawah, tetapi rakannya itu tidak mendengar jeritannya kerana keadaan di sekitar bangunan itu terlalu bising dengan bunyi mesin dan jentera berat keluar masuk dari tapak projek tersebut, ditambah lagi dengan suara-suara orang yang sedang bekerja. Usahanya itu sia-sia sahaja.

Kemudian, ia mendapat idea untuk menarik perhatian rakannya yang berada di bawah, lalu ia pun cuba melemparkan duit syiling ke arah rakannya itu. Rakannya itu berhenti bekerja, lalu mengambil duit syiling itu dan terus melakukan kerja-kerjanya kembali. Pekerja itu cuba lagi untuk kali yang kedua, tetapi usahanya yang kedua itu pun mendatangkan hasil yang sama. Tiba-tiba ia mendapat idea yang baru. Pekerja itu mengambil batu kecil lalu melemparkannya ke arah rakannya itu. Batu itu tepat mengenai kepala rakannya, dan kerana merasa sakit, rakannnya itu menoleh ke atas? Kemudian barulah pekerja itu dapat menjatuhkan catatan yang berisi pesanannya.

Renungan: Allah S.W.T kadang-kadang menggunakan cubaa-cubaan yang ringan untuk membuatkan kita “menoleh” kepadaNya. Seringkali Allah S.W.T melimpahi kita dengan rahmat dan nikmat-nikmatNya, tetapi itu tidak cukup untuk membuatkan kita “menoleh” kepadaNya. Kerana itu, Allah S.W.T sering menjatuhkan “batu kecil” kepada kita agar kita sentiasa mengingatiNya