..SALAM BUAT SEMUA..
Mulakan harimu dengan senyuman seindah suria
(^_^)

Monday, March 15, 2010

HIDUP - 3hari 2nafas

“HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian ALlah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan ALlah.
Hidup dalam kemurkaan ALlah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN…
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT … Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem … apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
pada penerimanya … lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda … atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang ALlah kurniakan kepada kita …
Sekurang-kurangnya ALlah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada ALlah dalam keadaan jiwa yang tenang …
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan ALlah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa … di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat ALlah s.w.t.

INSAN


Kita Adalah Insan Penumpang Atas Dunia
Aku Dengan Caraku Yang Sederhana
Kita Adalah Hamba Berbakti Pada Yang Esa
Aku Mencari Sinar KeredhaanNya

Kita Sama Sahaja Bezanya Cuma Amalan Kita
Engkau Dan Juga Aku Saling Perlukan
Oh...Cinta Yang Murni Sebagai Ikatan
Yang Kukuh Di Hati Demi Masa Depan

Jangan Dihancurkan Hidup Yang Indah Ini
Akibatnya Merana
Jangan Hancurkan Hidup Yang Indah
Kita Adalah Hamba Yang Esa

kisah kepompong

kepompong.jpg

Ketika kecil saya mempunyai seorang rakan yang bertemu dengan satu kepompong seekor kupu-kupu. Pada suatu ketika, kepompong itu terbuka sedikit dan menampakkan lubang kecil. Ini menunjukkan anak-anak kupu-kupu itu ingin keluar daripada kepompongnya. Dia duduk dan mengamati dalam beberapa waktu kepompong itu ketika anak kupu-kupu itu berjuang dengan memaksa dirinya untuk keluar dari lubang kecil itu. Kemudian kupu-kupu itu berhenti dari perbuatannya. Kelihatan anak kupu-kupu itu telah berusaha semampu yang mungkin dan dia mungkin dia tidak boleh keluar dari kepompongnya itu, fikir rakan saya.

Akhirnya rakan saya tersebut memutuskan untuk membantunya, dan dia mengambil sebuah gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu. Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, anak kupu-kupu itu mempunyai tubuh yang pendek dan kecil, sayap-sayap yang bersimpul-simpul. Rakan saya tersebut terus mengamatinya kerana dia berharap bahawa, pada suatu ketika nanti, sayap-sayap itu akan berkembang lebar dan melebar sehingga mampu menampung tubuhnya, yang mungkin akan berkembang dalam beberapa waktu lagi, fikir rakan saya. Namun, semuanya tidak terjadi seperti yang diharapkan.

Apa yang berlaku selepas itu? Anak kupu-kupu itu menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh yang pendek dan sayap-sayap yang bersimpul-simpul. Anak kupu-kupu itu tidak mampu dan tidak boleh terbang.

Apa yang perlu saya nyatakan di sini, bahawa bantuan yang diberikan rakan saya kepada anak kupu-kupu itu untuk keluar dari kepompongnya sendiri, adalah satu bantuan yang sia-sia malah menyusahkan anak kupu-kupu itu sendiri. Kebaikan dan ketergesaan rakan saya itu adalah suatu kerja yang sia-sia dan menghalang kebebasan anak kupu-kupu itu untuk terbang rendah di langit tinggi.

Harus diketahui dan fahami bahawa kepompong yang menghambat dan perjuangan yang diperlukan anak kupu-kupu itu untuk keluar dari lubang kecil adalah kerja dan ketentuan Allah Yang Maha Kuasa untuk memaksa cairan keluar dari tubuh anak kupu-kupu itu dan meresap ke dalam sayap-sayapnya, sehinggalah dia keluar dan akan terus terbang sendiri. Dengan itulah dia memperolehi kebebasan dari kepompong tersebut.

Kadang-kadang perjuangan dan kesukaran adalah yang sesuatu yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Allah membiarkan kita hidup tanpa ujian dan hambatan, mungkin ia boleh melumpuhkan kita. Kita mungkin menjadi seorang yang tidak kuat sebagaimana sepatutnya berdasarkan kemampuan kita. Kita mungkin tidak akan pernah dan dapat ‘terbang’!!

batu kecil

Seorang pekerja binaan yang bekerja di dalam membina bangunan telah naik ke tingkat paling atas bangunan yang sedang dibina itu. Tiba-tiba, ia teringat untuk menyampaikan pesanan penting kepada rakan sekerjanya yang sedang berada di tingkat paling bawah. Pekerja itu berteriak memanggil rakannya yang berada di tingkat bawah, tetapi rakannya itu tidak mendengar jeritannya kerana keadaan di sekitar bangunan itu terlalu bising dengan bunyi mesin dan jentera berat keluar masuk dari tapak projek tersebut, ditambah lagi dengan suara-suara orang yang sedang bekerja. Usahanya itu sia-sia sahaja.

Kemudian, ia mendapat idea untuk menarik perhatian rakannya yang berada di bawah, lalu ia pun cuba melemparkan duit syiling ke arah rakannya itu. Rakannya itu berhenti bekerja, lalu mengambil duit syiling itu dan terus melakukan kerja-kerjanya kembali. Pekerja itu cuba lagi untuk kali yang kedua, tetapi usahanya yang kedua itu pun mendatangkan hasil yang sama. Tiba-tiba ia mendapat idea yang baru. Pekerja itu mengambil batu kecil lalu melemparkannya ke arah rakannya itu. Batu itu tepat mengenai kepala rakannya, dan kerana merasa sakit, rakannnya itu menoleh ke atas? Kemudian barulah pekerja itu dapat menjatuhkan catatan yang berisi pesanannya.

Renungan: Allah S.W.T kadang-kadang menggunakan cubaa-cubaan yang ringan untuk membuatkan kita “menoleh” kepadaNya. Seringkali Allah S.W.T melimpahi kita dengan rahmat dan nikmat-nikmatNya, tetapi itu tidak cukup untuk membuatkan kita “menoleh” kepadaNya. Kerana itu, Allah S.W.T sering menjatuhkan “batu kecil” kepada kita agar kita sentiasa mengingatiNya

rahsia 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu
adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

IMAM vs MEMASAK!

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam??
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.


"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih
perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

wahha.aku sokong benar bendA ni. mudah2an suami aku nnt dpt selalu imamkn aku. dan dpt selalu rasa masakan aku. walopon..xdela reti sgt..tp bleh blaja kan?..huhu