Hari ini dalam sejarah..tapi xde lak dlm buku sejarah. cmne tu?? haha..
sejarah hidup aku..buat blog! dulu xtau pon amenda la blog ni.
yg aku tau blok bangunan. dasat skrg ni, x yah jd arkitek pon leh wat bloG,.
bila da tgk kawan2 punye blog, baru la tauu..gini ghupenye blog..
jadiknyee..tetiba hari ni..terlintas pulak nak berblog.. try2 la dok tekan sana tekan sini,
tadaa..! jadi gini blog aku. lawa jgk. sbb BIRU! hhuhu..suke3 =D
emmm pe bleh wat kt sini ek? nnt kn..aku cuba explore lg. aha.
sekian, sejarah_aku dan blog. hehehe
..SALAM BUAT SEMUA..
Mulakan harimu dengan senyuman seindah suria (^_^)
Mulakan harimu dengan senyuman seindah suria (^_^)
Monday, March 15, 2010
mencari sahabat..
Kita dinasihatkan supaya berhati-hati memilih sahabat kerana Islam menegah kita mencari sahabat yang boleh membawa kepada kemungkaran.
Saiyidina Ali KWJ menjelaskan tentang sahabat yang baik. Antara lain, beliau menyatakan:
“Sahabat yang sebenar-benarnya ialah orang yang ada di sampingmu. Ia suka membabitkan dirinya sendiri dalam bahaya demi untuk kesejahteraanmu.”
Temanmu yang sebenarnya ialah orang yang ada bersamamu dan orang yang menyusahkan dirinya supaya ia bermanfaat kepadamu, di waktu membimbangkan ia berkata terus terang kepadamu, dia pecah berantakan supaya kamu terkumpul selalu :: ’Ali karamallahu wajhah ::
Sebagai kesimpulan, marilah kita perhatikan nasihat Abu Sulaiman tentang pentingnya memilih sahabat seperti yang dianjurkan oleh Islam. Katanya:
“Janganlah sesekali engkau bersahabat melainkan salah satu daripada 2 orang ini:
Pertama, orang yang dapat engkau ajak bersahabat dalam urusan duniamu dengan jujur.
Kedua, orang yang dijadikan sahabat itu dapat menambahkan kemanfaatan duniamu untuk urusan akhiratmu.
Jika engkau bersahabat selain daripada 2 orang ini, pastinya engkau memiliki kebodohan yang luar biasa besarnya.”
Wallahu a'lam
mudah2an kita menjadi sahabat yang baik kepada sahabat kita =)
Subscribe to:
Posts (Atom)